Apa yang anda patut ketahui mengenai SISPA UKM?
- Badan beruniform yang baru berusia kurang daripada setahun dan telah menempa nama di peringkat kebangsaan. Buktinya, persembahan tarian perang atau tarian semangat sempena Sambutan Ulangtahun JPAM yang ke-60 di Pagoh, Kluang, Johor. Sila rujuk sini.
tarian perang atau nama lain: tarian semangat, tiada kaitan dengan peperangan.
- SISPA UKM juga mempunyai lima orang "bunga" yang menjadi simbol kepada pengenalan SISPA. kebanyakan menyangkakan SISPA hanya terdiri daripada wanita sahaja.
- Platun Charlie yang terdiri daripada SISPA UKM kampus KL merupakan PKS yang hebat-hebat belaka kerana empat daripada Pegawai Kadetnya adalah pelajar jurusan medik! Antaranya bakal Dr. Azi, Dr. Sofina, Dr. Azeerah dan juga Dr. Fidtri. Selain itu, mereka adalah antara platun yang paling ramai ahlinya.
- Barisan Jurulatih SISPA yang lain daripada yang lain ! Masing-masing dengan perwatakan tersendiri dan masing-masing berjaya mengatasi kerenah Pegawai Kadet yang bermacam-macam. Walaupun mereka sibuk dengan kerja mereka, mereka masih mengutamakan latihan Pegawai Kadet.
- SISPA UKM dengan jayanya telah terlibat dalam Perhimpunan Kebangsaan SISPA kali ke-2 di USIM dan ke-3 di UMT. Perhimpunan ini melibatkan SISPA seluruh IPTA/S di Malaysia. Pelbagai pertandingan telah diadakan bagi menguji tahap fizikal dan mental PKS SISPA seluruh Malaysia. Perhimpunan ini juga menjadi medan untuk mereka berkenalan dan bertukar-tukar idea dan pendapat. Walaupun tidak berjaya merangkul mana-mana pingat, berpandukan semangat dan usaha yang kuat dan gigih menerusi latihan seminggu sahaja, mereka berjaya melalui segala rintangan dan juga cabaran psikologi daripada senior IPTA/S lain yang berlatih selama lebih kurang tiga minggu, enam hari seminggu dari pukul 2 petang hingga 12 malam !
TAHNIAH SISPA UKM!
atas pengorbanan dan penglibatan anda yang cemerlang sehingga kini. Semoga semester akan datang akan membawa pengertian yang lebih bermakna dan penglibatan yang lebih cemerlang. InsyaAllah.
-PKS Adila.
No Response to "Serba-serbi"
Post a Comment