Assalamualaikum. Salam 1 Sispa. Salam 1 Malaysia.
Pada 24 Mac 2013, seramai 20 orang anggota Kor Sispa UKM telah terlibat dalam menjaga laluan larian amal Program Bicara Siswi anjuran Fiesta Sinergi Intelek (FSI) di
Kolej Tun Syed Nasir. Aktiviti tersebut disertai oleh para pelajar
KTSN dan turut mendapat sambutan dari masyarakat luar di sekitar Kolej Tun Syed Nasir.
Trek laluan untuk aktiviti tersebut bermula dari Kolej Tun Syed Nasir,
kemudian para peserta dikehendaki mengelilingi Tasik Titiwangsa dan mengakhiri larian mereka di KTSN semula. Aktiviti ini
berlangsung selama dua jam iaitu bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 pagi.
LARIAN AMAL BICARA SISWI (FSI)
10:07
Unknown
Antara peserta yang terlibat dalam acara Larian Amal
· Para anggota Kor Sispa ditugaskan untuk menjaga
lapan perhentian yang telah ditetapkan. Setiap perhentian perlu dijaga oleh dua orang
anggota Kor Sispa bersama seorang ahli jawatankuasa dari Program Bicara Siswi. Kami ditugaskan untuk menunjukkan arah laluan yang telah ditetapkan kepada
para peserta di samping memastikan keselamatan setiap peserta terjamin.
· Kami juga dikehendaki menjaga laluan masuk ke kolej dengan cara mengawal pergerakan kenderaan untuk memberi laluan kepada para peserta
larian amal.
Dua orang anggota Kor SISPA sedang menjalankan tugas..
Larian amal ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar KTSN serta masyarakat luar dan kami, warga Kor Sispa turut mendapat pengalaman yang berharga menerusi tugasan yang dipertanggungjawabkan ini.
Dan akhir sekali, inilah barisan anggota Kor Sispa yang telah menjayakan larian amal Bicara Siswi (FSI).
Terima Kasih.
Posted in
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
No Response to "LARIAN AMAL BICARA SISWI (FSI)"
Post a Comment